Derajat Hadist zikir "‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin"

La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin
STATUS HADIS:
مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: "لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ" كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ
(Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’

maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia meraih dengannya kekayaan, selamat daripada keperitan kubur dan dengannya dia akan dapat mengetuk pintu syurga)

DAIF, MUNGKAR.

Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (12/358) dan yang lain daripada jalan al-Fadhl bin Ghanim yang berkata: Telah berkata Malik bin Anas, daripada Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali bin Abi Talib, katanya: Telah bersabda Nabi...(lalu disebutkan hadisnya).

Kata al-Fadhl bin Ghanim: “Demi Allah, jika kamu pergi ke Yaman dengan hadis ini nescaya itu adalah sedikit.”

Hadis ini sanadnya daif.

al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada Ibnu Ma’in bahawasanya dia berkata: al-Fadhl ini daif, (laisa bisyai - bukanlah perawi yang kuat - pent). ad-Daraqutini berkata: Tidak kuat (laisa bilqawiy). Dalam kitab Lisan al-Mizan, daripada ad-Daraqutni bahawasanya dia berkata: “Semua yang diriwayatkan oleh al-Fadhl daripada Malik ialah daif (lemah – pent).

Rujukan: Silsilah as-Sahihah, no. 3310.

Terjemahan oleh:  Idris bin Sulaiman
Kajang 24 Safar 1441H / 24 Oktober 2019
Pagi yang cerah walhamdulillah.